Kata demam, tp aku keliru, buntu, tak faham...masa sebelum maghrib td, kawan aku kata dia demam, tak selera makan, selepas asyik aku ngan leman bersembang, berasap, tiber2 mamat yang demam td bangun gi ke dapur...aku ngan leman menjadi objek pegun untuk 10 saat....nasi berani setengah tupperware+lauk udang+dada ayam, semua clear dibantai oleh orang yang mengaku demam dan tak selera makan...gelak sakan, tiber2 sepi................layan mentor. Tak lama lepas tu, kitorang gelak ag sebab mamat demam tu siap bantai roti pulak+buatkan air teh-o satu jag...hahahahahaha, sepi lagi.....layan 'Human Target'.
Sunday, June 20, 2010
Gedebuk Gedebak
Aku tak paham...memang tak paham, termenung aku di sebelah'nya'. Kenapa tiber2 dirinya berubah?apakah silapku....apakah hadirku membebani dia?adakah dirinya kecewa dengan ku....setahu aku, seingat, aku menatang dia bagai minyak yang penuh. Memang betul aku selalu berkongsi dia dengan kawan aku..cuma dia kena paham laa, giliran dia melayani aku dan kawan aku, budak umah aku....entah laa. Kalau susah sangat camni aku cari jer yang lain....tp aku sabar, aku bagi dia peluang sampai minggu depan, kalu still nak banyak bunyi, gedebuk gedebak, aku tukar mesin basuh baru....susah sangat nak spin..huuuhhh....
Monday, April 12, 2010
Bukan Cerita Suntikan...
Lama aku tak bercerita...
Semalam...
Aku jumpa kawan aku zaman belajar yang dah tiga tahun dok jumpa, sebab dia kerja di negeri kelahiran dia, Kedah Darul Aman (sabaq org Kedah, piala FA musim depan bleh try lagi k). Kitorang janji jumpa di UIA, tempat pembelajaran dulu, and aku dengan time killer pergi naik kancil turbo dia. Sampai Al Ghazali Walk, ada kereta putih angkat lampu tinggi kat kitorang. Kitorang kutuk la kereta berkenaan.
"Rilek la, bior kitorang masuk roundbout tu dulu, ikut turn arr bro...tak sabar betul. %!&!@#."
Macam-macam yang kuar dari mulut aku ngan time killer, tau la pakai kereta VIOS, kitorang Kancil Turbo 850, lampu biru jer...tp first come first serve laaa. Kitorang meneruskan perjalanan. Smpai jer Kafe Ali, kereta VIOS td parking sebelah jer. Macam nak cari gaduh jer...
Rupanya mamat yang kuar dari kereta tu, kawan kitorang...Mat Raman, Kedahians, bukan Kardashian. Jangan keliru!! Mak aih, dah pakai VIOS... Alhamdulillah..
Cerita-punya cerita, kawan aku ni dah berjaya dalam hidup dia di negeri sendiri, dengan income monthly yang memang masyuuk, and yang penting freedom of work tu ada. dia bukan buat MLM, bukan skim cepat kaya, tp dia buka bisnes tuisyen. Bagus la Mat, hidup mun dah stabil, susah payah yang mun dah lalu sebelum berjaya tu, memang aku respek, dan juga pada wife mun and anak mun yang kiut miut tu, yang setia sentiasa di sisi masa susah...bertuah mun mat, mempunyai kelengkapan dalam hidup. Tak macam kitorang tiga bujang sepah di Taman Melati. Haprak pun tadaaa. Everyday, bangun-kerja-balikkerja-tgktv-tido-bangun-kerja-balikkerja-tgktv-tido. Takder perubahan...cuma dalam seminggu dua ni adalah sms+gayut sikit2..
Neway, Tahniah Mat....
Hari Ini....
Pale aku pening sket duk tengok nombor yang berderet-deret. Helai demi helai penyata gaji aku semak, selak, tekan2 (kalkulator), dan tandatangan. Penat dok hilang lagi. Aku duk pikir biler nok selesai semer penyata ni, aku rasa macam dah banyak yang aku cek, tp kenapa timbunan kertas atas meja aku ni, dok kurang-kurang, konfius sendiri...Bahagian Finance dah pesan last week2,
"jangan lambat hantar penyata, kang lambat nak key in dalam sistem".
Aku kaget...membalas tanpa suara,
"rilek laa...korang tak perlu kira, just masukkan nombor jer..kami di Admin perlu kira, K. I. R. A. KIRA. kalau salah kira, korang tak kena hentam...yang akan kena hentam, kat sini, Admin generally, spesifik nya AKU... ok!!!"
Kenapa? sebab aku Pengesah. So sabor jela...lepas selesai Penyata Pergerakan Gaji bulan April, aku continue gerak gaji bulan Januari pulak. Tengok fail pun dah rasa lemah...tebal 4 inci tu. Aku rimas dan lemas, aku perlukan space...
Tgh duk menenangkan pikiran sambil isap okok kat toilet (macam zaman sekolah), aku dapat call..ade sorang mek ajak aku minum. Aku tgk jam, kul 4.50 ptg. So alang2 nak balik..aku lepak ngan mek tu sampai abis waktu kerja. aku ngan dia bersembang panjang..sebab dah lama tak jumpa dia. Makin hot la plak, ari tu berisi sikit. Diet nasi katanya. hmmm... Tup tap tup tap, dah ada bakal suami baru...bagus la dik oii. Yang penting jaga siasah and maruoh tu yer...jangan lagho2...k
Masuk jer opis kul 6.00ptg, semua duk cari aku...rupanya nak mintak sain approval nak pi kursus esok. aku belasah sain jer... tak kisah la, sebab esok aku still tak leh wat kerja lain, selain menda yang sama aku buat hari ni...
dan skang masih bergelumang dengannya...jam dah pukul 8.28mlm. aku masih di sini...
Friday, March 12, 2010
Stresss...Tp Ada Suntikan Baru
Letih aku letih.
Tak tahu macamane nak huraikan.
Jiwa aku.
Tp memang tersangat letih.
Minda aku.
Tubuh aku.
Jiwa aku.
Mungkin sebab aku suka paksa diri aku buat menda yang aku tak minat nak buat. Tp aku terpakse buat, sebab itu memang kerja aku. Mok aku selalu pesan, sabor joe..sabor... dah berapa lama aku bersabar, dan aku pasti bukan menda ni yang aku nak capai dalam hidup aku. I want something else, better than this. That's it. Full Stop. Tp part suntikan tu...nanti aku citer, k
Tuesday, March 9, 2010
Time Killer...Jgn Memain Boh
Arakian...kembali seorang lagi kawan aku ke dunia Bloggers yang penuh ragam, kis0h2, peristiwe2, nasihat2, penipuan, fitnoh2 dan 1001 hal. Kembali dengan name lamenya... Pembunuh Masa @ name orang putihnya Time Killer. Sekali tengok macam Ikan Keli, tp jangan saloh baca. However, kalau silap pun ok sebab beliau sangat suke makan ikan keli nih. Welcome Back bro.....
Monday, March 8, 2010
Gulingan
Merenung ke siling, memikirkan masalah yang melanda rumahtangga. Z bertanya kepada Azura
"adakah ko menyesal mengahwini ku Azura?" ujar Z
"tidak sama sekali Z, aku bahagia di samping ko, Z" balas Azura
Dengan kain plekat, berguling dua kali mendekati Azura sambil meluahkan
"Oh Azura, ko la sinar hidupku...." goda Z
"Oh Z, ko la cahaya cintaku....." balas Azura
Hendak diciumnya Azura, tp dihalang, sambil Azura menunjukkan jari telunjuknya ke atas, minta padamkan lampu rupanya. Tanpa bangun, Z terus menarik tarik suis lampu, (panjang giler tali suis tu) dan berlaku la aksi intim halal untuk suami isteri.
Gelak sakan budak umah aku masa scene yang aku citer kat atas, dengan gaya gulingan teragak-agak oleh Jamal Abdillah, dan tone suara dalam tekak (konon romantik) memang lawak geng. Korang perlu cari movie ni beb. Best tok gelak ilangkan stress kerja...nak lagi senang sewa Astro, sebab citer ni diulang-ulang, so gelak korang pun boleh berulang-ulang. Komfem lawak Kechik RL pun takleh lawan bai....
Friday, March 5, 2010
Dunia Kenderaan Awam
Setakat ni dok jumpa lagi perangai pelik TAHAP TERINGGI gini dalam lrt, sepanjang 10 tahun aku naek LRT...cume gambor yang tgh bace buku tu, nampok macam kawan aku. Ntahlaa sebab, ari tu, kawan aku ada beli buku "Siapa Kekah Bidan Sepiah". Kot-kot dia yang tgh baca tu, aku dok sure sangat laa..gambar dok tajam.
Thursday, March 4, 2010
Apa Itu Sejadah
Cinta Tikar Sejadah...suka sunggoh aku ngan fidah tu, karakter dia dalam drama tu la. Tp kalau kat perangai dia memang cenggitu, molek benor laa...farid kamil pun boleh insaf, aku pun boleh kot......
Subscribe to:
Posts (Atom)