Friday, March 12, 2010

Stresss...Tp Ada Suntikan Baru

Letih aku letih.

Tak tahu macamane nak huraikan.

Tp memang tersangat letih.

Minda aku.

Tubuh aku.


Jiwa aku.


Mungkin sebab aku suka paksa diri aku buat menda yang aku tak minat nak buat. Tp aku terpakse buat, sebab itu memang kerja aku. Mok aku selalu pesan, sabor joe..sabor... dah berapa lama aku bersabar, dan aku pasti bukan menda ni yang aku nak capai dalam hidup aku. I want something else, better than this. That's it. Full Stop. Tp part suntikan tu...nanti aku citer, k

Tuesday, March 9, 2010

Time Killer...Jgn Memain Boh

Arakian...kembali seorang lagi kawan aku ke dunia Bloggers yang penuh ragam, kis0h2, peristiwe2, nasihat2, penipuan, fitnoh2 dan 1001 hal. Kembali dengan name lamenya... Pembunuh Masa @ name orang putihnya Time Killer. Sekali tengok macam Ikan Keli, tp jangan saloh baca. However, kalau silap pun ok sebab beliau sangat suke makan ikan keli nih. Welcome Back bro.....

Monday, March 8, 2010

Gulingan

Merenung ke siling, memikirkan masalah yang melanda rumahtangga. Z bertanya kepada Azura

  "adakah ko menyesal mengahwini ku Azura?" ujar Z
  "tidak sama sekali Z, aku bahagia di samping ko, Z" balas Azura

Dengan kain plekat, berguling dua kali mendekati Azura sambil meluahkan

  "Oh Azura, ko la sinar hidupku...." goda Z
  "Oh Z, ko la cahaya cintaku....." balas Azura

Hendak diciumnya Azura, tp dihalang, sambil Azura menunjukkan jari telunjuknya ke atas, minta padamkan lampu rupanya. Tanpa bangun, Z terus menarik tarik suis lampu, (panjang giler tali suis tu) dan berlaku la aksi intim halal untuk suami isteri. 

Gelak sakan budak umah aku masa scene yang aku citer kat atas, dengan gaya gulingan teragak-agak oleh Jamal Abdillah, dan tone suara dalam tekak (konon romantik) memang lawak geng. Korang perlu cari movie ni beb. Best tok gelak ilangkan stress kerja...nak lagi senang sewa Astro, sebab citer ni diulang-ulang, so gelak korang pun boleh berulang-ulang. Komfem lawak Kechik RL pun takleh lawan bai.... 

Friday, March 5, 2010

Dunia Kenderaan Awam

Setakat ni dok jumpa lagi perangai pelik TAHAP TERINGGI gini dalam lrt, sepanjang 10 tahun aku naek LRT...cume gambor yang tgh bace buku tu, nampok macam kawan aku. Ntahlaa sebab, ari tu, kawan aku ada beli buku "Siapa Kekah Bidan Sepiah". Kot-kot dia yang tgh baca tu, aku dok sure sangat laa..gambar dok tajam.

Thursday, March 4, 2010

Apa Itu Sejadah

Cinta Tikar Sejadah...suka sunggoh aku ngan fidah tu, karakter dia dalam drama tu la. Tp kalau kat perangai dia memang cenggitu, molek benor laa...farid kamil pun boleh insaf, aku pun boleh kot......