Thursday, November 19, 2009

Ya Allah..kiranya ku buka mataku ini,
jadikan penglihatanku,melihat kebesaranMu,
kiranya ku hirup segar udara pagiMu,jadikan aku insan yang bersyukur,
dengan setiap sedutan nafasku..
Ya Allah..kiranya ku hirup secawan teh,jadikan rezekiku sumber hidupku,
kiranya ku langkah kakiku,jadikan setiap langkahku,
langkah jihad padaMu..
Ya Alllah..kiranya tanganku menadah,biarlah ku tadah keampunanMu,
bukan mengharap rezekiMu,datang bergolek,melayang jauh,
kerana..
akan luruh setiap daging muka manusia,kira hidupnya meminta-minta..
Ya Allah..kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat,kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong,yang membenarkanMu,
seperti kebenaran Assidiq,biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu,
seperti Ali,pintu ilmu kekasihMu,
berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah,
yang Kau cipta sebagai pendamping kekasihMu..
Ya Allah..kiranya semua itu tidak layak buatku,
aku tetap bersyukur,diprtemukan sahabat,
seperti insan yang menatap lembaran ini,
mungkin padanya ada segalanya,
yang tak pernah aku cuba selongkari..
mungkin padanya letaknya apa yang aku,impikan...
Terima kasih sahabat

Tuesday, September 15, 2009

Sahabat Lama...


Pada 12092009 akhirnya ramai-ramai dapat berjumpa, berkumpul setelah masing-masing bawa haluan sendiri selepas graduasi di IIUM pada tahun 2006/2007. Ada yang kerja bank, ada kerja perodua, jadi orang minyak pun ada... Lama tak jumpa mung sumer....

Friday, September 4, 2009

Sahur...

Alhamdulillah, kenyang sahur di McD. Ni sumer idea tuan kets PFF4443. Asalnya nk lepak kat malinja,last2 ke sana plak. Dahla duit aku makin nipis. Xperla kot sesekali bersahur ng makan western sikit. Ni masih lg kat McD, ushar amoi2 tgh wat discussion. Teringat plak zaman belajar, time study sesama ng si Dia. Kenangan lama menerjah kembali. Teringat kata2 Heliza dalam Syurga Cinta,
"Kekadang Tuhan datangkn hujan....ilal akhir"

Tuesday, September 1, 2009



Salam syukur hari ke 11 puasa...

Makin hari makin mencabar jiwa raga ni. Dah makin dekat nak raya :). Aku masih di tempat kerja. Balik awal tak boleh nak buat apa pon. So stay jap tambah tolak (update) blog sikit. Ni haaa..aku terjumpa lambang / logo / simbol / sumer sekali laaa...Visit Terengganu oleh Tourism Terengganu, comey la plak. Untuk makluman kengkawan jer. Aku suka jugak logo Visit Terengganu yang sebelum ni, juga menampilkan logo penyu. Tapi paling kecewa apabila masa Sukma di Terengganu, masa zaman Pak Deris, logo Sukma ditukar kepada ikan Nemo. Apa kaitannyer?Kenapa?Nemo mendarat di Rantau Abang plak ke sakarang ni?ish ish ish. Memang hilang sekejap simbol negeri pendaratan penyu yang agung. Hopefully, MB yang disayangi, Pak Said akan alert on this la. Tidak sesuka hati assign haiwan yang tidak melambangkan Negeri Terengganu kerana kita memang sinonim dengan Penyu, bukan Pingu @ Nemo @ Pooh @ Patrick.

Friday, August 28, 2009

Hatrix Kekecewaan...

Hahaha...hari yg malang sikit bagi aku la rasernyer. Hati meruntun pilu menusuk kalbu beb. Sekali ag hujung minggu ni aku kesorangan kat umah puaka tu. Member aku sumer balik kampung dah. Kambing tul. Takper la....nak wat camana, dah hidup membujang jauh dari famili. Aku cube la call pok sedare aku yg aku respek (Inginiar = Engineer kata org ganoo), konon nak tumpang balik tengganu, last² malangnyer "katanya keta dah penuh". Aku pelik camana keta dah penuh, sedangkan dia sorang² jer kat KL ni. Rupenyer Sue, Mira, Eman, Hakim ngan hak kecik tu, sumer ada kat KL. Patutla penuh keretanyer. Sumer XL saiz, hahah, "sue jgn maroh!!". Aku pun kontek member rapat aku, nak ajak lepak umah aku, last² dia pon balik tengganu. Hangin giler aku. Beli tiket dop kabor kat aku pon. Yang kekecewaan ketiga tu melibatkan kerja aku....rasa tak yah share la kot, heheh. Personal...sentap sikit jer, hahaha

P/S: ijoi! suka hang balik penang nek flite na?nanti jgn lupa bawak jeruk mempelam sekali. Jeruk buah pala tu aku tak mau" Ok. Chow

Sunday, August 23, 2009

Fuhh...

Ari ni baru masuk ari ke-3 poser, semalam ok jer sebab just baring jer kat umah...ari ni dikira 1st day poser+berkerja, lemau semacam jer...takper, no hal aku usahakan. Sahur tahun ini aku rasa ada peningkatan sikit. Baru 3 hari poser, 3 hari jugak la aku sahur. Kalau tahun lepas, 30 hari poser, tak sampai 10 hari aku sahur. Aku bukan tak nak bangun, tapi takder orang kejutkan aku. Budak umah aku, Ijoy namanya budak penang, dia kata dah gerak aku bangun, tp aku ni jer jenis susah nak bangun tido. Entah la..mungkin betul kot, blurr jap aku. Dan semalam juga member aku (pitos budak Selama, Perak) yang baru beli keta Honda City, sampai dari Ipoh. Hari dia dapat keta tu, terus balik kg beb, tunjuk kat mak ayah dulu..member aku ni soleh sikit orgnyer, memang bagus la....sopan gitu. So ada sesaper berminat?solo ag dia ni...ahahha

Friday, August 21, 2009

Hari Terakhir Sya'aban

Salam sumer
Hari ni hari akhir sya'aban, esok sabtu dah stat bulan poser...biler recall balik, banyak sungguh kenangan yang aku lalu masa bulan poser sepanjang suku abad umur ni. Zaman budak2 (nangis nak bukak poser, sebab tak tahan), zaman sekoloh (buke ngan nasi mentah, sayur air kat asrama), zaman U (buke ngan xgirl, leni jadi bini orang dah pun) n zaman keje (asyik² buke kat opis, kadang² dalam lrt, kadang² kat pasar malam jer) hahahaha. Next zaman yang tak lalu ag is zaman poser biler dah ada isteri. Camana tu?hmm, cam best jer ada orang nak tolong masakkan, kejutkan bangun sahur, wuiiii best gak tu, kena kawen gak aku ni. Malam ni dah nak stat terawekh, aku kat opis ag, kial2 wat kerja. Esok plak ari sabtu, dahla nama aku naik boss suh pergi "Launching Bazaar Ramadhan" kat New Village (Kampung Baru). Nak tak nak kena gi la, sabar sebahagian dari Iman...at least leh makan free, sedap jugok tu, hahah. Anyway, aku nok ucapkan selamat berpuasa kepada sumer. Salam Ramadhan......

Tuesday, August 18, 2009

Keramatkah....18 Ogos 2009?

Salam sumer...

Hari ni 18 Ogos 2009, aku sajer tiber nak trai jugak buat blog ni. Biler tengok member sekerja aku Puan Wanita Abd Mutalib sokmo duk surf intenet update blog dia. Aku pon sikit2 belajor daripada de, sebab cam best jer...so aku wat keputusan, aku try dulu...moga dapat tunjuk ajor daripada kawan2 sumer..bereh dop?Selamat berkenalan.