Friday, August 28, 2009

Hatrix Kekecewaan...

Hahaha...hari yg malang sikit bagi aku la rasernyer. Hati meruntun pilu menusuk kalbu beb. Sekali ag hujung minggu ni aku kesorangan kat umah puaka tu. Member aku sumer balik kampung dah. Kambing tul. Takper la....nak wat camana, dah hidup membujang jauh dari famili. Aku cube la call pok sedare aku yg aku respek (Inginiar = Engineer kata org ganoo), konon nak tumpang balik tengganu, last² malangnyer "katanya keta dah penuh". Aku pelik camana keta dah penuh, sedangkan dia sorang² jer kat KL ni. Rupenyer Sue, Mira, Eman, Hakim ngan hak kecik tu, sumer ada kat KL. Patutla penuh keretanyer. Sumer XL saiz, hahah, "sue jgn maroh!!". Aku pun kontek member rapat aku, nak ajak lepak umah aku, last² dia pon balik tengganu. Hangin giler aku. Beli tiket dop kabor kat aku pon. Yang kekecewaan ketiga tu melibatkan kerja aku....rasa tak yah share la kot, heheh. Personal...sentap sikit jer, hahaha

P/S: ijoi! suka hang balik penang nek flite na?nanti jgn lupa bawak jeruk mempelam sekali. Jeruk buah pala tu aku tak mau" Ok. Chow

Sunday, August 23, 2009

Fuhh...

Ari ni baru masuk ari ke-3 poser, semalam ok jer sebab just baring jer kat umah...ari ni dikira 1st day poser+berkerja, lemau semacam jer...takper, no hal aku usahakan. Sahur tahun ini aku rasa ada peningkatan sikit. Baru 3 hari poser, 3 hari jugak la aku sahur. Kalau tahun lepas, 30 hari poser, tak sampai 10 hari aku sahur. Aku bukan tak nak bangun, tapi takder orang kejutkan aku. Budak umah aku, Ijoy namanya budak penang, dia kata dah gerak aku bangun, tp aku ni jer jenis susah nak bangun tido. Entah la..mungkin betul kot, blurr jap aku. Dan semalam juga member aku (pitos budak Selama, Perak) yang baru beli keta Honda City, sampai dari Ipoh. Hari dia dapat keta tu, terus balik kg beb, tunjuk kat mak ayah dulu..member aku ni soleh sikit orgnyer, memang bagus la....sopan gitu. So ada sesaper berminat?solo ag dia ni...ahahha

Friday, August 21, 2009

Hari Terakhir Sya'aban

Salam sumer
Hari ni hari akhir sya'aban, esok sabtu dah stat bulan poser...biler recall balik, banyak sungguh kenangan yang aku lalu masa bulan poser sepanjang suku abad umur ni. Zaman budak2 (nangis nak bukak poser, sebab tak tahan), zaman sekoloh (buke ngan nasi mentah, sayur air kat asrama), zaman U (buke ngan xgirl, leni jadi bini orang dah pun) n zaman keje (asyik² buke kat opis, kadang² dalam lrt, kadang² kat pasar malam jer) hahahaha. Next zaman yang tak lalu ag is zaman poser biler dah ada isteri. Camana tu?hmm, cam best jer ada orang nak tolong masakkan, kejutkan bangun sahur, wuiiii best gak tu, kena kawen gak aku ni. Malam ni dah nak stat terawekh, aku kat opis ag, kial2 wat kerja. Esok plak ari sabtu, dahla nama aku naik boss suh pergi "Launching Bazaar Ramadhan" kat New Village (Kampung Baru). Nak tak nak kena gi la, sabar sebahagian dari Iman...at least leh makan free, sedap jugok tu, hahah. Anyway, aku nok ucapkan selamat berpuasa kepada sumer. Salam Ramadhan......

Tuesday, August 18, 2009

Keramatkah....18 Ogos 2009?

Salam sumer...

Hari ni 18 Ogos 2009, aku sajer tiber nak trai jugak buat blog ni. Biler tengok member sekerja aku Puan Wanita Abd Mutalib sokmo duk surf intenet update blog dia. Aku pon sikit2 belajor daripada de, sebab cam best jer...so aku wat keputusan, aku try dulu...moga dapat tunjuk ajor daripada kawan2 sumer..bereh dop?Selamat berkenalan.